Sunday, April 25, 2010

JALAN ROSAK~ Kesiannya kereta aku!

Salam 1 Malaysai dan Salam Somalaysia buat warga Kelantan darul Naim.
Bukanlah sebab seboksebok sekarang berada di Kelantan, tetapi kerana di tempat seboksebok memang ramai warga Kelantan. Mereka dah jadi orang tetap di Shah Alam. Ada yang membeli rumah banglo, rumah pangsa, rumah setinggan juga ada. Tahniah kepada mereka.
Kali ini, isu yang ingin seboksebok bawa adalah jalan rosak di seluruh kawasan Shah Alam yang bertaraf bandaraya ini. Bandaraya Industri. Terlalu banyak jalan yang rosak, pecah, dan berlubang di sekitar kawasan Shah Alam. Di seksyen 16 contohnya, mungkin kerana terlalu banyak lori berlalu lalang, jalan yang diturap tidak sampai seminggu berlubang dan pecah. keadaan sangat teruk dan membimbangkan.
Bukan apa, jalan berlubang boleh menjadi punca kemalangan kecil mahupun besar. Kerana ingin "mengelakkan lubang di jalan, longkang pula menjadi haluan". Ini adalah contoh bagaimana keadaan jalan yang rosak membantu ke arah kemalangan. Paling teruk, kematian, paling tidak teruk kerosakkan. Keduanya merugikan.
Oleh itu, seboksebok suka sangat kalau ada pihak yang dapat tampil untuk menguruskan hal ini. Kalau sebelum ini Kerajaan PR beria hendak mengambil alih selangor yang seboksebok sayang sanagt ini, tolonglah ambil alaih masalah ini juga dan selelsaikannya. Di seksyen 15, terlalu banyak kemalangan kerana mengelakkan jalan yang rosak. PBT harus ambil tindakan dalam hal ini. Takkanlah hendak tunggu pilihanray seperti di Hulu Selangor baru hendak mengambil tindakan? Nanti rakyat sudah meluat pula.
Mohon seboksebok, fikirkanlah cara untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan niat seboksebok untuk provokasi mana mana pihak, sekadar mengutarakan hasrat dan keinginan untuk hidup lebih selesa. Maaf di pohon andai ada pihak yang terasa pula.
Salam. =)

Monday, January 11, 2010

Church dan masjid

kembali sibuk bersama pembangunan di shah alam, seboksebok mula menyebok!

salam satu Shah Alam dan Salam Satu Malaysia. Sekarang, seboksebok selalu dengar dan baca ucapan salam sebegini. Salam Satu Malaysia. Apa-apa sahajalah... hihihi =p Kali ini seboksebok na sangat berkongsi pengetahuan dengan semua tentang isu hangat di Malaysia iaitu pembakaran gereja dan juga demonstrasi di masjid-masjid seluruh Malaysia. Bermula dengan penggunaan Kalimah ALLAH oleh salah satu gereja, isu ini menjadi hangat dan menarik perhatian ramai. Macam ada konspirasi pun ada. sebok-sebok tidak berani banyak bercakap sebab seboksebok kurang pengeathuan tentang apa yang terjadi.


Disini, sebokseok minta jasa baik semua untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan tentang isu ini. Bagi seboksebok, seperti ada pihak yang cuba melagakan dan mewujudkan masalah perkauman di Malaysia. Kalau difikirkan, dulu masalah kuil, melayu dan india bertelagah. Sekarang, Islam dengan Kristian pula menjadi sasaran. Apa pendapat semua?

Ini antara perkara menarik yang seboksebok copy paste tentang idea dan huraian isu gerja dan masjid!

"Cuma isunya disini, kalimah "Allah" yang mahu digunakan oleh Kristian katolik Herald Tribune adalah untuk "dakwah" (kalaupun ia bukan dakyah) kepada penganut-penganut agama mereka.

Di mana perlunya mereka menggunakan kalimah "Allah"? Bodoh sangatkah penganut agama mereka hingga perlu "mencuri secara sah di sisi perundangan" nama Tuan Punya Dunia dan membuka ruang-ruang kemurtadan Muslimin dan Muslimat? Harimau tidak nampak niat lain dari mereka melainkan mereka mempunyai agenda tersembunyi dan berniat jahat untuk mengelirukan umat Islam.

Kita tidak perlu bergelar Doktor, Professor atau pun Tuan Haji untuk nampak semua ini. Cukup dengan mata hati kurniaan Tuan Punya Dunia yang Raja Segala Raja dan Maha Pencipta Seluruh Alam."

Maaf sebab seoksebok tidak sempat meminta kebenaran, namun kepada sesiapa yang ingin membaca dengan lebih banyak, Pak Belang boleh membantu kerana beliau sangat bagus mengutarakan isu isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.

Mari kita mengambil peluang ini, berdiskusi bersama dan seboksebok amat berbesar hati kalau ada pihak yang ingin tampil menjelaskan isu ini! =) untuk kebaikan Satu Malaysia!


Sunday, January 3, 2010

hai hai hai

selamat tahun baru!
seboksebok sangat sebok sekarang! anak-anak bersekolah, banyak yang seboksebok hendak gosipkan, tapi masa tidak mengizinkan! letih betul dalam masa 3 bulan ini!
seboksebok hendak ucapkan selamt tahun baru, maafkan kesalahan seboksebok selama seboksebok bergosip! dan, kalau ada cerita jangan malu jangan segan, komen saja di sini! seboksebok masih suka bergosip! lalalala~

Sunday, October 4, 2009

parti baru?

meronta kepanasan kerana suhu di kota shah alam menjangkau 32f beberapa hari ini.

salam semua!

suka seboksebok berkongsi pendapat dengan semua yang mungkin melayari laman ini. kali ini seboksebok ingin bertanya pendapat semua tentang penubuhan parti makkal sakthi yang kononya menggantikan mic. apa pendapat semua tentang penubuhan parti baru ini?

dengar kata, parti ini mendapat sambutan di kebanyakkan negeri! (kata pemberitahu lah) setakat mana kebenarannya seboksebok tidak pasti sangat. namun semua pasti ada pendapat sendiri bukan? dengarnya juga, parti ini adalah kesinambungan hindraf yang terputus di tengah jalan! ada juga yang mengatakan ini adalah parti yang tertubuh kerana kes kuil di seksyen 23 dan 19 juga.

betul kah semua ini? ada sesiapa yang tahu? betulkah sambutan sangat menggalakan oleh mereka yang dari kaum india? kenapa jadi macam ini? tidak cukup baguskah mic menjaga kebajikan kaum india di malaysia selama ini? tidak baguskah pemimpin india yang ada di malaysia?

terima kasih terlebih dahulu, seboksebok ucapkan atas kesudian sesiapa sahaja yang sudi berkongsi maklumat tentang perkara ini ya! yang kurang jelas, tidak salah kalau di perjelaskan, bukan? hihihi

Monday, September 28, 2009

betul kah?

meronda lagi di kotaraya yang menjanjikan ramai gadis-gadis kilang yang cantik bukan sahaja buatan malaysia malah buatan luar negara! =)

terlebih dahulu, salam hari raya dan mohon maaf seandainya seboksebok menyakitkan sesiapa yang membaca hasilan seboksebok. masih belum terlambat rasanya seboksebok mengucapkan selamat buat semua kan...kan..kan.. hihihihi

kali ini, seboksebok nak berkongsi sesuatu dengan semua. betul atau tidak mohon semua memberi tindak balas dengan apa yang seboksebok ingin kongsikan ini. seboksebok betul-betul ingin tahu dan ingin menyibuk! hihihihi

betul kah ada polis yang mati di sri muda shah alam? dengarnya, kerana satu kejadian jenayah yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, seorang pegawai polis mati dibunuh! betulkah? betulkah? betulkah? ada sesiapa tahu?


p/s: disokong dengan kejadian seterusnya apabila sehingga sekarang terdapat ramai anggota polis yang dikerahkan untuk mengawasi keadaan di shah alam! malah mereka adalah polis dari negeri lain!

Sunday, September 13, 2009

bubur lambok

berjalan di tengah kesibukan kota perindustrian, kali ini...


seboksebok menyibuk menghadiri majlis memasak bubur lambok. seronok sangat seboksebok rasa dan seboksebok betul-betul seronok melihat keakraban semua penduduk tadi.

sebelum tengahari tadi, seboksebok dijemput oleh kawan untuk bersama dia menghadiri atau menyumbang tenaga memasak bubur lambok. seronok betul! seronok kerana kerjasama yang dipamerkan oleh hadiran tadi sangat membuatkan seboksebok tahu, shah alam sangat berpadu dan penduduknya sangat ramah tamak! hihihihi

memang lah seronok tadi, tambah seronok apabila tiba waktu pembagian. ada banyak sangat mulut yang bercerita dan pelbagai cerita yang seboksebok dengar buatkan seboksebok rasa macam tak mahu balik sajer. hihihi

tapi seboksebok balik juga, kerana ada hal dan ada misi yang perlu di siapkan. misinya adalah perkara yang masih menjadi isu di shah alam ini. tapi, seboksebok cerita lain kali ya, hendak siapkan juadah berbuka dahulu. hihihihi

p/s: lagipun masih siang sekarang, tak mahu kurangkan pahala puasa! =)

Sunday, September 6, 2009

saya baru tingkatan 5!

seboksebok menyibuk anak orang lain di tengah kota anggerik...ceritanya...

seboksebok meronda waktu malam, (biasalah menyibuk kan..), kelihatan ramai benar anak-anak muda pergi bersembahyang terawih. datang sebelum isyak untuk menunaikan solat isyak terlebih dahulu. syukur, anak-anak muda di shah alam memang baik semuanya.

seronok kan seboksebok memuji! seboksebok keluar awal dari masjid ingin ke kedai untuk membeli barang. niat hendak ke carrefour subang. maklumlah barangan carrefoure dapat menjimatkan duit. hihihi (seboksebok menyibuk promote). sekali keluar dari masjid, humang aihhhh... ramai betul anak-anak muda yang seboksebok duk puji tadi bertabiran di tepi taman. menghisap rokok dan berbual. sambil menyibuk, seboksebok menyapa dan memberi salam. baik dijawabnya salam seboksebok.

"tak solat terawih ke dik?" seboksebok mula menyibuk.
"tak, kami solat isyak jer.." jawab salah seorang dari mereka.

"sekolah lagi ker?" seboksebok menyibuk lagi.
"form5!" jawab mereka.

hah? tak tahulah seboksebok apa nak jadi. ingatkan da kerja ke, atau lepasan universiti. (maklumlah sekarang ramai graduate yang belum bekerja.) rupanay budak sekolah. malah ada yang baru tingkatan 4 dan 3. mana lah ibu bapa mereka ni....sedih seboksebok tengok keadaan mereka. tidak dipantau oleh ibu bapa. katanya nak pergi solat terawih, tapi belum moreh mereka sudah keluar berpeleseran sesama mereka. patut ramai mat rempit di malaysia. kalau anak seboksebok sudah besar, memang tak lepas mata seboksebok menyibuk aktiviti mereka.

apalah nasib.....