Sunday, September 6, 2009

saya baru tingkatan 5!

seboksebok menyibuk anak orang lain di tengah kota anggerik...ceritanya...

seboksebok meronda waktu malam, (biasalah menyibuk kan..), kelihatan ramai benar anak-anak muda pergi bersembahyang terawih. datang sebelum isyak untuk menunaikan solat isyak terlebih dahulu. syukur, anak-anak muda di shah alam memang baik semuanya.

seronok kan seboksebok memuji! seboksebok keluar awal dari masjid ingin ke kedai untuk membeli barang. niat hendak ke carrefour subang. maklumlah barangan carrefoure dapat menjimatkan duit. hihihi (seboksebok menyibuk promote). sekali keluar dari masjid, humang aihhhh... ramai betul anak-anak muda yang seboksebok duk puji tadi bertabiran di tepi taman. menghisap rokok dan berbual. sambil menyibuk, seboksebok menyapa dan memberi salam. baik dijawabnya salam seboksebok.

"tak solat terawih ke dik?" seboksebok mula menyibuk.
"tak, kami solat isyak jer.." jawab salah seorang dari mereka.

"sekolah lagi ker?" seboksebok menyibuk lagi.
"form5!" jawab mereka.

hah? tak tahulah seboksebok apa nak jadi. ingatkan da kerja ke, atau lepasan universiti. (maklumlah sekarang ramai graduate yang belum bekerja.) rupanay budak sekolah. malah ada yang baru tingkatan 4 dan 3. mana lah ibu bapa mereka ni....sedih seboksebok tengok keadaan mereka. tidak dipantau oleh ibu bapa. katanya nak pergi solat terawih, tapi belum moreh mereka sudah keluar berpeleseran sesama mereka. patut ramai mat rempit di malaysia. kalau anak seboksebok sudah besar, memang tak lepas mata seboksebok menyibuk aktiviti mereka.

apalah nasib.....

7 comments:

zarf_iera said...

hurmmm..budak2 skang.seteruk teruk generasi kite ni.dowang g dasat.
xpelah..as long dowang x wat mnde2 x elok,cam isap dadah ke pe..its ok la x g trawikh pn.

al-lavendari said...

ngeri memikirkan nasib anak cucu kita di masa depan ... saya dulu masa sekolah pun boleh tahan juga "baik"nya. Sampai kena buang asrama. Tapi bila dah besar jadi "orang" juga. harap-harap dan sama2 kita doakan mereka semua akan jadi "orang" juga!

Ismail N said...

Budak2 ni.. sudahlah tak sembahyang terawih, merokok pula. Rasanya keluar rumah pun menipu mak bapa, alasan utk keluar rumah. Patut mak bapa pun ikut sama kot atau mak bapak pun tak sembahyang terawih? dunia.. dunia...

akuduniaku said...

saper kater shah alam bersih

hehehe :p

seBokSebOK said...

zarf_eira

selagi masih boleh di atasi, kita perlu berjaga-jaga kan...

seBokSebOK said...

al lavendary

mereka pasti akan menjadi 'orang' juga, cuma bimbang kalau menjadi orang yang tidak berguna.

seBokSebOK said...

ismail en

entah lah, mungkin betul ibau bapa zaman sekarang penat sangat bekerja sampai dirumah pun dikerjakan oleh anak-anak!

akuduniaku
memang shah alam kotor, tapi kalau berusaha bersama-sama pasti kekotoran itu dapat dibersihkan! =)