Sunday, October 4, 2009

parti baru?

meronta kepanasan kerana suhu di kota shah alam menjangkau 32f beberapa hari ini.

salam semua!

suka seboksebok berkongsi pendapat dengan semua yang mungkin melayari laman ini. kali ini seboksebok ingin bertanya pendapat semua tentang penubuhan parti makkal sakthi yang kononya menggantikan mic. apa pendapat semua tentang penubuhan parti baru ini?

dengar kata, parti ini mendapat sambutan di kebanyakkan negeri! (kata pemberitahu lah) setakat mana kebenarannya seboksebok tidak pasti sangat. namun semua pasti ada pendapat sendiri bukan? dengarnya juga, parti ini adalah kesinambungan hindraf yang terputus di tengah jalan! ada juga yang mengatakan ini adalah parti yang tertubuh kerana kes kuil di seksyen 23 dan 19 juga.

betul kah semua ini? ada sesiapa yang tahu? betulkah sambutan sangat menggalakan oleh mereka yang dari kaum india? kenapa jadi macam ini? tidak cukup baguskah mic menjaga kebajikan kaum india di malaysia selama ini? tidak baguskah pemimpin india yang ada di malaysia?

terima kasih terlebih dahulu, seboksebok ucapkan atas kesudian sesiapa sahaja yang sudi berkongsi maklumat tentang perkara ini ya! yang kurang jelas, tidak salah kalau di perjelaskan, bukan? hihihi

5 comments:

al-lavendari said...

eloklah ... lagi banyak parti mewakili kaum india lebih bagus. lebih meriah !

sot said...

elok lah tu
kalau tak elok
tak elok jugak
kalau elok
memang elok
kita pun seronok

seBokSebOK said...

al lavendari

meriah? hihihi dulu tidak meriah kah?
hihihi

seBokSebOK said...

sot

semoga elok la hendaknya ya! =)

akuduniaku said...

mana cik seboksebok? sebok sangat ker skang?