Friday, September 4, 2009

entah apa na jadi!??

semalam seboksebok jalan p market kat seksyen 19! wau! banyak betol orang berniaga di bulan yang mulia ini ya. dan, seboksebok pun sibuklah membeli juadah untuk berbuka untuk dimakan bersama keluarga. bulan ramadhan sahaja yang ada jual seperti ini, ya! bulan lain, susah lah sedikit untuk jumpa pelbagai jenis juadah seperti ini.

apa yang tidak menariknya, seboksebok membeli beberapa jenis kuih yang rasanya macam hampas! hampeh kata orang! salah satu adalah puding jagung tidak ikhlas. sudahlah jagungnya kurang, rasanya pulak tawar. tasteless kata orang. begitu juga dengan cream caramel yang sepatutnya sedap, lembut lagi nyaman. rasa cam getah pula.

seboksebok bukan apa, bulan mulia ni, jangan lah nak cari untung semata-mata. fikirlah juga pengguna yang lain.

sumpah next time ta mahu kesana lagi! kalau kawan nak kesana pun, seboksebok akan suruh mereka ke tempat lain je! humph!

6 comments:

al-lavendari said...

Saya dah banyak kali terkena ... hari tu beli nasi ayam ... memang nasi ayam sungguh. Nak bagi kat ayam pun, tak sampai hati, takut dia komplen. Sudahnya makan buah kurma je dan makan nasi terus. Makan kuih lak kat surau lepas tarawikh ... hehe!

T.kasih kerana singgah blog saya. Cantik blog Sebok!

mamai said...

dah adat ornag berniaga...bukan hanya untug yanag dikira

fadzilah said...

salam..
nice blog..sedapnya puding caramel..
tapi mmg payah nak jumpa puding tu yg betul2 sedap..

Ismail N said...

Salam kenal,

Tahniah kerana mengutarakan isu-isu yang walaupun nampak kecil tetapi penting buat masy. Saya pun adakalanya terkena seperti seboksebok dan paling worst bila kita beli makanan cukup2 sahaja. Dlm bulan Ramdhan tak boleh test rasa, so mungkin quality control tu kurang dari peniaga. Cuma kesian lah pembeli yang malang kan.

akuduniaku said...

memang betol! semua kuih muih da ilang kualiti sebagai kuih y sedap! makan wat konyang porut yo!

adoyai...

err

salam yer encik seboksebok! =)

seBokSebOK said...

sebok bersalam al-lavendary

memang betol, agaknya ayam pun akan komplen dan bagi kritikan yang dasyat kalau dibaginya nasi ayam itu!
terima ksih puji blog sebok cantik..hihi sebok jer! hihihi

sebok bersalam mamai

untung memang adalah keutamaan, namun kalau boleh biarlah berpanjangan! kalau ikhlas, sure nanti ramai yang datang cari lagi!

sebok bersalam fadzilah

terima kasih cakap blog seboksebok nice! sebok jer hihihi
sekarang ni, kalau nak makan caremel yang sedap terpaksalah order dari kawan seboksebok yang belajar memasak di uitm dungun dulu! hihihi

sebok bersalam ismail N

yezza! inilah tujuannya, isu kecil seperti ini kalau berjaya ditagani oleh mereka yang sepatutnya, konfirm, dapat pangkah semasa pilihanraya! hihihi
dan, sememangnya pembeli malang kalau peniaga sibuk cari laba semata-mata!

salam sebok akuduniaku

memang makan utk kenyangkan perut kan? hihihi seboksebok bukan pengadil utk memberi markah kerana kesedapan sesebiji kuih, tapi tetap mementingkan kualitinya! baru ada umph! hihihi