Wednesday, September 1, 2010

Kesian Kawan Seboksebok



seboksebok betul sibuk dengan kesibukan kota Shah Alam terutama di bulan Ramadhan al-mubarak ini. mundar mandir ke seluruh Shah Alam, seboksebok tahu dan percaya, ramai umat islam menikmati seribu satu kebaikan sempena bulan mulia ini. Tahniah seboksebok ucapkan atas kejayaan mereka yang berjaya memenuhi tuntutan dan bagi mereka yang kurang berjaya, cuba lagi tahun akan datang. InsyaAllah......
Kali ini, seboksebok hendak sibukkan diri dengan kisah kawan seboksebok pagi tadi. Kawan yang tidak serapat mana, kami berjumpa secara tidak sengaja di bazar. seboksebok gelarkan beliau M. M bercerita sedikit tentang ketidakpuasan hati dengan sebuah bank tempatan. Bank yang terkenal iaitu Mebank (bukan nama sebenar). Kata M, beliau dipujuk untuk melakukan satu simpanan etiqa pada awal 2009. M bersetuju dan setiap bulan wang poket M dipotong sebanyak RM50. Namun, rezeki M yang tidak menetu menyebabkan beliau gagal membuat bayaran untuk bulan ke7 dan seterusnya. Dan, seterusnya duit gaji M tidak lagi dipotong. Tanpa soal periksa, M membiarkan perkara begitu berlalu.
Sehinggalah pada pagi semalam, M pergi ke bank untuk bertanyakan tentang skim simpanan tersebut. Beliau berurusan dengan seorang pegawai bank, (yang bertemujanji pada jam 11.00pagi tapi sampai jam 11.30pagi), menyatakan yang duit M sudah lebur dan tidak boleh dikembalikan lagi. M terdiam, walau tidak sebanyak mana, namun rm300 masih satu jumlah yang agak besar bagi penjawat awam rendah seperti M. Beliau sangat kecewa dan tidak tahu apa tindakan yang sewajarnya.
Seboksebok pon kesian sangat, tapi apakan daya, seboksebok boleh menyibuk saja, belum mampu nak menolong. Kalau ada yang boleh menolong, mungkin boleh komen di bawah ya. =) terima kasih. Banyakkan menolong di bulan mulia.=)