Sunday, April 25, 2010

JALAN ROSAK~ Kesiannya kereta aku!

Salam 1 Malaysai dan Salam Somalaysia buat warga Kelantan darul Naim.
Bukanlah sebab seboksebok sekarang berada di Kelantan, tetapi kerana di tempat seboksebok memang ramai warga Kelantan. Mereka dah jadi orang tetap di Shah Alam. Ada yang membeli rumah banglo, rumah pangsa, rumah setinggan juga ada. Tahniah kepada mereka.
Kali ini, isu yang ingin seboksebok bawa adalah jalan rosak di seluruh kawasan Shah Alam yang bertaraf bandaraya ini. Bandaraya Industri. Terlalu banyak jalan yang rosak, pecah, dan berlubang di sekitar kawasan Shah Alam. Di seksyen 16 contohnya, mungkin kerana terlalu banyak lori berlalu lalang, jalan yang diturap tidak sampai seminggu berlubang dan pecah. keadaan sangat teruk dan membimbangkan.
Bukan apa, jalan berlubang boleh menjadi punca kemalangan kecil mahupun besar. Kerana ingin "mengelakkan lubang di jalan, longkang pula menjadi haluan". Ini adalah contoh bagaimana keadaan jalan yang rosak membantu ke arah kemalangan. Paling teruk, kematian, paling tidak teruk kerosakkan. Keduanya merugikan.
Oleh itu, seboksebok suka sangat kalau ada pihak yang dapat tampil untuk menguruskan hal ini. Kalau sebelum ini Kerajaan PR beria hendak mengambil alih selangor yang seboksebok sayang sanagt ini, tolonglah ambil alaih masalah ini juga dan selelsaikannya. Di seksyen 15, terlalu banyak kemalangan kerana mengelakkan jalan yang rosak. PBT harus ambil tindakan dalam hal ini. Takkanlah hendak tunggu pilihanray seperti di Hulu Selangor baru hendak mengambil tindakan? Nanti rakyat sudah meluat pula.
Mohon seboksebok, fikirkanlah cara untuk menyelesaikan masalah ini. Bukan niat seboksebok untuk provokasi mana mana pihak, sekadar mengutarakan hasrat dan keinginan untuk hidup lebih selesa. Maaf di pohon andai ada pihak yang terasa pula.
Salam. =)