Monday, January 11, 2010

Church dan masjid

kembali sibuk bersama pembangunan di shah alam, seboksebok mula menyebok!

salam satu Shah Alam dan Salam Satu Malaysia. Sekarang, seboksebok selalu dengar dan baca ucapan salam sebegini. Salam Satu Malaysia. Apa-apa sahajalah... hihihi =p Kali ini seboksebok na sangat berkongsi pengetahuan dengan semua tentang isu hangat di Malaysia iaitu pembakaran gereja dan juga demonstrasi di masjid-masjid seluruh Malaysia. Bermula dengan penggunaan Kalimah ALLAH oleh salah satu gereja, isu ini menjadi hangat dan menarik perhatian ramai. Macam ada konspirasi pun ada. sebok-sebok tidak berani banyak bercakap sebab seboksebok kurang pengeathuan tentang apa yang terjadi.


Disini, sebokseok minta jasa baik semua untuk berkongsi pendapat dan pengetahuan tentang isu ini. Bagi seboksebok, seperti ada pihak yang cuba melagakan dan mewujudkan masalah perkauman di Malaysia. Kalau difikirkan, dulu masalah kuil, melayu dan india bertelagah. Sekarang, Islam dengan Kristian pula menjadi sasaran. Apa pendapat semua?

Ini antara perkara menarik yang seboksebok copy paste tentang idea dan huraian isu gerja dan masjid!

"Cuma isunya disini, kalimah "Allah" yang mahu digunakan oleh Kristian katolik Herald Tribune adalah untuk "dakwah" (kalaupun ia bukan dakyah) kepada penganut-penganut agama mereka.

Di mana perlunya mereka menggunakan kalimah "Allah"? Bodoh sangatkah penganut agama mereka hingga perlu "mencuri secara sah di sisi perundangan" nama Tuan Punya Dunia dan membuka ruang-ruang kemurtadan Muslimin dan Muslimat? Harimau tidak nampak niat lain dari mereka melainkan mereka mempunyai agenda tersembunyi dan berniat jahat untuk mengelirukan umat Islam.

Kita tidak perlu bergelar Doktor, Professor atau pun Tuan Haji untuk nampak semua ini. Cukup dengan mata hati kurniaan Tuan Punya Dunia yang Raja Segala Raja dan Maha Pencipta Seluruh Alam."

Maaf sebab seoksebok tidak sempat meminta kebenaran, namun kepada sesiapa yang ingin membaca dengan lebih banyak, Pak Belang boleh membantu kerana beliau sangat bagus mengutarakan isu isu hangat yang diperkatakan di Malaysia.

Mari kita mengambil peluang ini, berdiskusi bersama dan seboksebok amat berbesar hati kalau ada pihak yang ingin tampil menjelaskan isu ini! =) untuk kebaikan Satu Malaysia!


Sunday, January 3, 2010

hai hai hai

selamat tahun baru!
seboksebok sangat sebok sekarang! anak-anak bersekolah, banyak yang seboksebok hendak gosipkan, tapi masa tidak mengizinkan! letih betul dalam masa 3 bulan ini!
seboksebok hendak ucapkan selamt tahun baru, maafkan kesalahan seboksebok selama seboksebok bergosip! dan, kalau ada cerita jangan malu jangan segan, komen saja di sini! seboksebok masih suka bergosip! lalalala~