Monday, September 28, 2009

betul kah?

meronda lagi di kotaraya yang menjanjikan ramai gadis-gadis kilang yang cantik bukan sahaja buatan malaysia malah buatan luar negara! =)

terlebih dahulu, salam hari raya dan mohon maaf seandainya seboksebok menyakitkan sesiapa yang membaca hasilan seboksebok. masih belum terlambat rasanya seboksebok mengucapkan selamat buat semua kan...kan..kan.. hihihihi

kali ini, seboksebok nak berkongsi sesuatu dengan semua. betul atau tidak mohon semua memberi tindak balas dengan apa yang seboksebok ingin kongsikan ini. seboksebok betul-betul ingin tahu dan ingin menyibuk! hihihihi

betul kah ada polis yang mati di sri muda shah alam? dengarnya, kerana satu kejadian jenayah yang dirahsiakan dari pengetahuan umum, seorang pegawai polis mati dibunuh! betulkah? betulkah? betulkah? ada sesiapa tahu?


p/s: disokong dengan kejadian seterusnya apabila sehingga sekarang terdapat ramai anggota polis yang dikerahkan untuk mengawasi keadaan di shah alam! malah mereka adalah polis dari negeri lain!

Sunday, September 13, 2009

bubur lambok

berjalan di tengah kesibukan kota perindustrian, kali ini...


seboksebok menyibuk menghadiri majlis memasak bubur lambok. seronok sangat seboksebok rasa dan seboksebok betul-betul seronok melihat keakraban semua penduduk tadi.

sebelum tengahari tadi, seboksebok dijemput oleh kawan untuk bersama dia menghadiri atau menyumbang tenaga memasak bubur lambok. seronok betul! seronok kerana kerjasama yang dipamerkan oleh hadiran tadi sangat membuatkan seboksebok tahu, shah alam sangat berpadu dan penduduknya sangat ramah tamak! hihihihi

memang lah seronok tadi, tambah seronok apabila tiba waktu pembagian. ada banyak sangat mulut yang bercerita dan pelbagai cerita yang seboksebok dengar buatkan seboksebok rasa macam tak mahu balik sajer. hihihi

tapi seboksebok balik juga, kerana ada hal dan ada misi yang perlu di siapkan. misinya adalah perkara yang masih menjadi isu di shah alam ini. tapi, seboksebok cerita lain kali ya, hendak siapkan juadah berbuka dahulu. hihihihi

p/s: lagipun masih siang sekarang, tak mahu kurangkan pahala puasa! =)

Sunday, September 6, 2009

saya baru tingkatan 5!

seboksebok menyibuk anak orang lain di tengah kota anggerik...ceritanya...

seboksebok meronda waktu malam, (biasalah menyibuk kan..), kelihatan ramai benar anak-anak muda pergi bersembahyang terawih. datang sebelum isyak untuk menunaikan solat isyak terlebih dahulu. syukur, anak-anak muda di shah alam memang baik semuanya.

seronok kan seboksebok memuji! seboksebok keluar awal dari masjid ingin ke kedai untuk membeli barang. niat hendak ke carrefour subang. maklumlah barangan carrefoure dapat menjimatkan duit. hihihi (seboksebok menyibuk promote). sekali keluar dari masjid, humang aihhhh... ramai betul anak-anak muda yang seboksebok duk puji tadi bertabiran di tepi taman. menghisap rokok dan berbual. sambil menyibuk, seboksebok menyapa dan memberi salam. baik dijawabnya salam seboksebok.

"tak solat terawih ke dik?" seboksebok mula menyibuk.
"tak, kami solat isyak jer.." jawab salah seorang dari mereka.

"sekolah lagi ker?" seboksebok menyibuk lagi.
"form5!" jawab mereka.

hah? tak tahulah seboksebok apa nak jadi. ingatkan da kerja ke, atau lepasan universiti. (maklumlah sekarang ramai graduate yang belum bekerja.) rupanay budak sekolah. malah ada yang baru tingkatan 4 dan 3. mana lah ibu bapa mereka ni....sedih seboksebok tengok keadaan mereka. tidak dipantau oleh ibu bapa. katanya nak pergi solat terawih, tapi belum moreh mereka sudah keluar berpeleseran sesama mereka. patut ramai mat rempit di malaysia. kalau anak seboksebok sudah besar, memang tak lepas mata seboksebok menyibuk aktiviti mereka.

apalah nasib.....

Saturday, September 5, 2009

busuk tau! kotor tau!


seboksebok menyibuk lagi di kota bulatan, kota shah alam. ronda-ronda dan apa yang ditemui...

semalam jalan bersama keluarga makan angin di sekitar Shah Alam. Ya tuhan, kotor rupanya Shah Alam ni! sangat banyak sampah, sangat banyak sampah yang disepahkan oleh 'hanjing' dan kucing, dan banyak sampah yang dibuang keluar oleh mereka yang berada di dalam kereta! sudah sama dengan 'hanjing' dan kucing yang menyelongkar tong-tong sampah di depan rumah seboksebok.

bercakap tentang kebersihan, semua patut peka dengan kebersihan tempat sekeliling. jangan lah dibuang sampah kalau anda di dalam kereta. ikut macam kawan seboksebok, buang sampah dalam kereta, bila sudah sampai satu tempat baru kumpulkan dan buang ke dalam tong sampah! setiap kali kalau seboksebok buang sampah keluar kereta, kawan seboksebok mesti jerit,

"woit! buang dalam kereta aku! jangan nak kotorkan negara aku!" dengan sangat tegas ya!

so, seboksebok pun belajarlah untuk sayang tempat tinggal seboksebok! anda di luar sana pun haruslah sama menjaga kebersihan di tempat anda sendiri. kalau sudah tempat tinggal itu kotor, jangan nak mengaku anda semua pembersih pula. mustahil kan..kan...kan...

Friday, September 4, 2009

entah apa na jadi!??

semalam seboksebok jalan p market kat seksyen 19! wau! banyak betol orang berniaga di bulan yang mulia ini ya. dan, seboksebok pun sibuklah membeli juadah untuk berbuka untuk dimakan bersama keluarga. bulan ramadhan sahaja yang ada jual seperti ini, ya! bulan lain, susah lah sedikit untuk jumpa pelbagai jenis juadah seperti ini.

apa yang tidak menariknya, seboksebok membeli beberapa jenis kuih yang rasanya macam hampas! hampeh kata orang! salah satu adalah puding jagung tidak ikhlas. sudahlah jagungnya kurang, rasanya pulak tawar. tasteless kata orang. begitu juga dengan cream caramel yang sepatutnya sedap, lembut lagi nyaman. rasa cam getah pula.

seboksebok bukan apa, bulan mulia ni, jangan lah nak cari untung semata-mata. fikirlah juga pengguna yang lain.

sumpah next time ta mahu kesana lagi! kalau kawan nak kesana pun, seboksebok akan suruh mereka ke tempat lain je! humph!

Wednesday, September 2, 2009

bantahan pembinaan Kuil di Seksyen 23

"mari semua dengar ini cerita, di tempat saya sudah kecoh juga, kisah perebutan tanah berleluasa, entah siapa y betol sebenarnya!"

hehehe seboksebok teringat lagu neyh setiap kali nak bercerita (bergosip) pada sesiapa yang seboksebok jumpa. hahaha ini adalah diambil dari iklan axion suatu ketika dahulu. agak fofular juga dulu iklan ini. sekarang sudah tiada lagi iklan sebegini.

namun, apa yang seboksebok sibuk nak kecoh kat sini bukanlah cerita tentang iklan ini. tetapi fasal cerita yang sedang dibisingkan di Shah Alam. Ala.. cerita yang selalu masuk surat khabar tu.. hah! tahu pun tentang isu itu. apa yang seboksebok nak kongsikan ialah beberapa perkara yang mungkin dah kedengaran (ada orang lain yang sibuk juga sudah bagitahu huhuhu) adalah, kononnya, kuil itu sepatutnya di dirikan di seksyen22 bukannya seksyen23. huh! teruk betul!

habis tu, kenapa tempat diubahkan pula? kan sudah elok kalau ikut saja perancangan awal.. hurm.. tapi ini cerita seboksebok pon tak tahu kebenarannya. hehehe saja seboksebok nak kecohkan dekat sini.

ada juga yang bercerita kononnya, penduduk disitu mengeluarkan memorandum supaya YB menteri besar letak jawatan sebab tidak amanah kepada orang melayu dan islam! betul ker? seboksebok tak tahu tentang kebenaran hal ini. tolng bagitahu seboksebok betul ke tak hal ini. bukan apa, kalau betul seboksebok nak kecohkan lagi! hahahaha

seboksebok pon ader pandangan tentang hal ini. orang bagi betis nak pula peha! hahaha faham sendiri je lah yerk!

malah, kononnyer pada hari jumaat yang lepas, ada pihak hendak buat demonstrasi bantahan pembinaan kuil itu. betul ker? betul desas desus itu! tapi dibatalkan pada saat akhir pula dengan pelbagai alasan. memang seboksebok dah standby masa itu untuk menyebuk, tapi tak jadi pula. agak kecewa rasanya! hahaha

malang betul camera seboksebok rosak pula. kalau tak, memang seboksebok dah upload-kan gambar kuil lama yang berada di Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke seksyen 23 itu. esok seboksebok uploadkan yerk! hehehe selepas itu, mari menyabung lagi bergosip k!

selamat bersahor dan menyibuk hal tempat kita ya! =p


kawasan saya ~ SHAH ALAM~ lalalala~



selamat datang ke satu-satunya blog yang menjadikan anda lebih tahu tentang kawasan saya. =) terlebih dahulu, saya adalah SEBOKSEBOK yang akan mengemudi anda dan berkongsi apa sahaja cerita dan isu (tidak kira menarik atau pun tidak) di kawasan sebosebok ~ SHAH ALAM. lalala~


sebelum seboksebok memulakan isu, gossip atau cerita yang sedang hangat, izinkan seboksebok bercerita sedikit sebanyak tentang SHAH ALAM. hehehe. (sila anggapkan seboksebok lahir sebelum SHAH ALAM wujud dan anggapkan seboksebok serba tahu tentang SHAH ALAM ya!...) hehehe.


seperti yang semua tahu, kota Shah Alam terletak di negeri Selangor dan amat pesat membangun (serta rosak persekitaranya) kerana mengalami kepadatan penduduk yang agak tinggi. menjadi kota kepada kilang-kilang yang menjadi salah satu penjana ekonomi Malaysia, kota bulatan ini adalah salah satu daripada bandaraya terkenal di Malaysia. Bandar raya Shah Alam merupakan ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Bandar raya ini terletak di antara Klang dan Petaling Jaya, kira-kira 25 km di barat bandar raya Kuala Lumpur. Jumlah penduduk Shah Alam sehingga 2008 adalah seramai ..... orang. Bunga rasminya ialah bunga Anggerik 'Renantanda Shah Alam' dan burung rasminya ialah burung undan. Bandar raya ini juga digelar 'Bandar Raya Anggerik'.



selebihnya, seboksebok rasa eloklah kalau anda bukak saja page ini. SHAH ALAM. seboksebok da masukkan info tentang SHAH ALAM di wikipedia. cuma seboksebok belum sempat update-kan lagi fakta tentang kependudukan (jumlah terkini) dan gambar yang terkini. nanti seboksebok ader masa nak menyebok, seboksebok akan update-kan di wikipedia k! =)


jadi hari ini adalah entry pengenalan buat anda, pembaca yang juga sama dengan seboksebok, sibuk untuk ambil tahu apa yang berlaku di tempat seboksebok! hehehe seboksebok akan kembali selepas ini dengan isu yang pertama untuk hari ini - KUIL HINDU di SEKSYEN 23. hehehe salam menyebok ya! =p

p/s: berdebar rasanya, sebab sedang menjual cerita hahahaha
tapi tak tau kenapa, rasa makin teruja hehehe